2025-10-05 22:35:19

Sebelum wujudnya internet, kita cuma berkongsi maklumat menggunakan akhbar, buku buku dan radio. Tak semua orang dapat privilege yang sama. Walau aku tak pernah hidup zaman tu, tapi boleh bayangkan hanya segelintir masyarakat saja yang ada privilege tersebut. Boleh dikatakan hidup zaman dulu sangat simple dan basic. Internet ni aku anggap umpama realiti kedua manusia. Realiti pertama tu adalah realiti jasad, roh dan dunia sebenar, yang kedua tu adalah internet iaitu dunia tiruan buatan manusia, sebuah ruangan untuk manusia lontarkan idea dan pemikiran masing masing.

Distraksi Digital

Sebagai seorang yang lahir awal 90-an, aku dah lalui bermacam perubahan generasi dalam Internet. Perkara tu memang nampak bagus untuk melestarikan lagi pembangunan manusia moden, tapi bagi aku lebih banyak keburukkan yang berlaku daripada kebaikan nya. Aku tujukan keburukkan ni dalam konteks ekonomi perhatian.

Internet zaman moden ini dah banyak mencuri perhatian orang daripada membuat aktiviti yang produktif. Ia memang sengaja di bentuk untuk memaksimalkan penglibatan pengguna dalam sosial media. Korporasi besar seperti Meta, Google, ByteDance (Tiktok) menjana keuntungan daripada mengeksploitasi perhatian pengguna internet. Dengan notifikasi yang tak henti-henti membuatkan kita hilang fokus, doomscroll IG Reels sampai otak jadi reput, consume hiburan yang berpanjangan sampai lupa dunia sebenar.

Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir merasa diri ni produktif selain pergi kerja, balik kerja. Adakah kerja yang dilakukan itu produktif? Berapa lama consume sosial media dalam sehari berbanding menggunakan waktu itu untuk melayani hobi yang dah lama tersimpan dalam buku hati? Bila kah kali terakhir kita menggunakan waktu untuk mencerna kreativiti dan menggerakkan sel otak?

Aku banyak kali merasakan apabila terlalu lama consume benda lagha dalam sosial media, rasa diri macam tak berguna, otak jadi lembab. Anxiety mula merangkak sebab tak memberi apa apa impak positif dalam diri. Dalam dunia yang direka untuk aku leka ni, lebih baik untuk aku renung balik mana silap dan cuba untuk cari diri sendiri.

Refleksi

Apa yang aku cerita dekat atas ni sebenarnya semua nya berlaku dalam diri aku. Sedar tak sedar, sosial media telah megubah hala tuju aku. Mana tak nya, setiap hari scroll sosial media, consume benda negatif, consume benda yang merosakkan pemikiran. Internet sedikit sebanyak mempengaruh minda aku supaya buat benda yang internet suruh buat tapi pendirian sendiri kelaut. Kalau dulu perhatian aku cuma lah notepad.exe untuk aku tulis apa apa yang terbenam dalam fikiran, sekarang perhatian nya cuma di sosial media.

Generasi internet

Kita sebagai manusia yang lahir dalam generasi internet yang laju mesti pelik melihat orang orang yang boleh hidup tanpa internet dan sosial media. Kadang kadang aku sendiri rasa cemburu dengan orang orang seperti ini. Mesti otak dia boleh fokus dengan benda yang dia nak fokus. Kadang kadang aku nak rasa enjoy dengan tak buat apa apa, enjoy jadi bosan.

Facebook aku dah berjaya tinggalkan dah berbulan-bulan. Perhatian membuka dan scroll Instagram juga aku dah dapat kurangkan. Kalau Twitter, aku dah log out dan aku nak cuba hidup tanpa Twitter selama 3 hari. Iya cuma sekejap, tapi kalau bagus pencapaian nya aku lanjutkan sampai selamanya. Sebab platform seperti Twitter ni lah yang paling toxic sebenarnya. Threads oleh Meta tu jangan cerita lah, konten nya sampah.

Kita semua ada urutan apps yang kita selalu buka. Untuk aku, cuma 3 platform je yang aku selalu buka secara ulang ulang: Instagram, Twitter dan Youtube. Memang secara tak sedar, apabila duduk dalam restoran, secara automatik tangan kita akan pegang phone dan buka apps tersebut. Begitulah generasi internet pasca COVID.

Efek dopamin

Meninggalkan habit ni tak mudah. Bila otak aku dah train untuk jadikan sesuatu tu habit, aku akan tercari cari benda tu lagi. Sebab habit yang aku selalu buat tu rasa “menyenangkan”. Sama la macam merokok atau habit habit yang bikin ketagih ni. Orang nak quit merokok tak senang sebab withdrawal effect tu menyakitkan mental. Somehow kena cari sesuatu untuk ganti kesenangan tu. Itu yang aku cuba fikir apa benda aku nak buat kalau tak scroll Twitter. Banyak je benda boleh buat cuma best ke tak best je benda tu. Nak tak nak habit tu perlu diganti juga. Maka aku akan expect aku akan depress dalam seminggu dua ni sebab aku tak dapat dopamine hit yang aku selalu dapat bila buka sosial media.

Inshallah, lock in.


Kemaskini:

2025-10-08 16:12:17

Dah 3 hari aku tak buka Twitter. Rasa bosan tu ada. Bila buka browser mesti nak tekan X sebab dah terbiasa. Bila buka X.com di saji pula dengan page login, malas nak login, terus tutup tab. Sambung pula buat benda lain. Instagram aku masih buka, cuma aku sekarang pakai akaun 0 followers. Cara ni sangat efektif bagi aku sebab aku cepat bosan bila tengok takde apa apa dalam Instagram. Cuma yang ada Explore page je lah. Reels nya pun tak menarik, langsung tutup. Nampak nya habit aku banyak terganti dengan membuka Telegram dan Youtube pula. Literally dua ni je aku buka sekarang bila duduk tak tahu nak buat apa. Aku rasa masih okay dua ni sebab Telegram aku memang bosan. Youtube pula tengok waktu makan atau sebelum tidur.

Untuk objektif seterusnya mungkin aku nak mula balik baca buku dan rajinkan diri untuk menulis. Dua aktiviti ni melibatkan masa yang lama. Membaca melibatkan fokus dan berhari-hari untuk habiskan. Menulis pula ambil masa dekat research dan review. Begtulah, bila dah terbiasa dengan kehidupan yang laju, kehidupan perlahan merasa bosan. Tapi sebenarnya yang perlahan tu lah yang bagus. Gerak laju laju nanti terbabas. Bila perlahan ni dapat enjoy setiap saat dalam 24 jam sehari yang Allah bagi.


<
Previous Post
Melenyapkan Diri
>
Blog Archive
Archive of all previous blog posts