Kandungan:


Sejak dua menjak ni aku cuba untuk buang semua akaun internet berkaitan dengan nama aku dalam usaha untuk mencapai tahap “tak wujud” dalam internet. Aku ada simpan nota yang berisi emel dan username akaun yang aku pernah daftar untuk servis dan website. Ini cara lama sebelum aku tahu kewujudan password manager. Malangnya, kebanyakkan emel dah tak boleh nak dapatkan balik sebab aku dah terlupa password. Tekan forgot password pun tak membantu sebab soalan sekuriti punya jawapan pun lupa aku letak apa dulu.

Aku dah hidup lebih dari 20 tahun dalam internet. Internet ni lah tempat aku timba ilmu, tempat merosakkan mental, tempat buang masa. Macam-macam info peribadi aku dah bagi dalam internet.

Kenapa nak lenyapkan diri?

Satu hari nanti kita akan sedar betapa senangnya untuk orang biasa kenal kita dengan hanya buat pencarian di Google. Masa depan dunia adalah data. Website dan app yang kita kunjungi banyak menyedut info pasal diri kita, membuatkan mesin-mesin ini lebih mengenali diri kita daripada emak kita sendiri. Mesin boleh belajar apatah lagi manusia macam kau dan aku. Jadi cuba untuk mengehadkan keterlihatan kita di internet sebab setiap gerak geri, klik demi klik, ketikan demi ketikan, itu adalah tapak kaki kita yang boleh di jejak.

“Kita bukan siapa-siapa pun, nak menyorok buat apa.” – Hamdan, 39, KL

Ya, walau rakyat biasa sekalipun, soal privasi amat penting untuk dijaga semasa keberadaan kita dalam internet. Banyak kebocoran data telah berlaku dan kes seperti scam call yang menyalahguna info peribadi berleluasa sejak dinihari. Selain itu, data-data tersebut boleh dijual dengan harga yang mahal. Walau mahal sekalipun, tetap ada orang beli sebab data itu berharga, seperti emas tapi dalam bentuk digital.

Masih ingat kah kau tentang gambar seksi yang kau upload di Instagram 10 tahun lepas? Percaya atau tidak, data itu masih ada lagi sampai sekarang (lihat archive.org). Itu belum lagi orang-orang yang sempat save dalam galeri, galeri tersebut di sync dalam iCloud atau Google Photos. Bayangkan kau nak mohon kerja, future employer kau buat background check, sekali ternampak gambar kau tengah hisap weed dengan kawan sewaktu di universiti. Antara dia blacklist nama kau, atau dia hire kau langsung sebab dia pun nak sapwid juga.

Mustahil

Berita buruk untuk para-para manusia yang nak jadi anonymous sepenuhnya. Benda ini mustahil.

Bagi yang telah menggunakan internet sekian lama mesti dah kunjungi banyak website dan install banyak app yang memerlukan kita untuk masukkan info personal. Begitulah dunia ni berfungsi. Mana-mana kita pergi pun kita perlukan perkenalkan diri untuk menggunakan sesuatu perkhidmatan. Malah satu saat kita terlahir ke dunia ini pun info kita telah masuk dalam internet (contoh: gambar bayi post di sosial media).

Jadi, memang tak boleh lari kemana. Walau bagaimana cara sekalipun kita hapuskan info dengan remove account social media, data kita tetap ada bersama mereka. Orang dulu-dulu kata, “once on the internet, it’s there forever”.

Search diri sendiri

Walau mustahil pun, kita boleh letakkan had kepada penggunaan internet kita.

Cuba self-dox diri sendiri di Google (Guna incognito mode). Search nama penuh sendiri dan lihat betapa banyak Google tahu tentang kau. Search nama kawan kau, dan jangan terkejut kalau kau terjumpa keputusan SPM dia bersama sekali nombor giliran peperiksaan dia waktu itu.

Itu pasal kalau nama kita terlalu unik, amat mudah orang untuk search nama. Melainkan nama kita nama awam, nama yang terlalu common seperti Aiman, ada berjuta orang nama Aiman di dunia ni. Jadi menamakan nama anak menggunakan nama awam sebenarnya adalah kepraktikan OPSEC yang bagus.

Tips melenyapkan diri

Berikut adalah cara-cara yang aku pernah buat untuk menghilangkan jejak diri aku dari internet. Tak semua pun aku boleh padam. Kalau kau search nama aku dekat Google pun masih ada lagi saki baki yang aku tak dapat nak buang. Dan cara-cara di bawah bukanlah cara untuk menghilangkan diri secara sepenuhnya, sebaliknya cara untuk kau belajar untuk tak guna informasi sebenar tentang diri kau.

  1. Hadkan penggunaan servis atau website yang menggunakan info peribadi
    • Perkhidmatan kerajaan dikecualikan
  2. Guna username atau nama yang berbeza dari nama sebenar
    • Simpankan nota atau guna password manager untuk mudah kita menjejaki semula username yang dah didaftar
  3. Kalau boleh pakai burner phone number
    • Burner phone number adalah nombor telefon yang boleh dipakai buang
    • Zaman sekarang memang dah kena ada lebih dari satu nombor telefon; khaskan satu untuk peribadi, yang lain boleh di awam kan.
  4. Jangan guna nama sebenar
    • Sebaliknya, guna nama yang berbeza-beza macam username tadi
    • Guna nama yang common supaya bila orang cari, tak akan jumpa diri kita yang spesifik
  5. Delete akaun sosial media. Jangan deactivate, delete terus
    • Jika nak guna juga sosial media, set semua privacy setting ke “Only Me” supaya orang dari luar tak boleh nampak content di dalam
  6. Berhenti guna cloud services untuk tujuan storan
    • Host sendiri kalau boleh
    • Backup gambar dan video dari fon secara manual dan berkala
  7. Self-dox dan delete mana-mana search result yang berkaitan diri sendiri
    • Kau boleh request dekat Google untuk hapuskan info tentang diri sendiri kalau terjumpa di search result
    • Contact customer service mana-mana platform untuk request data removal

Kaveat

Menghilangkan diri daripada internet boleh buat kita rasa bebas dan perkasa, tetapi ia juga datang dengan beberapa kelemahan bergantung pada gaya hidup, kerjaya dan hubungan kau antara manusia. Berikut ialah senarai potensi kelemahan yang boleh anda sertakan dalam catatan blog anda:

  1. Hubungan sosial semakin pudar – Antara risiko yang paling besar adalah kehilangan hubungan dengan kawan, keluarga atau komuniti yang hanya wujud dalam talian.
  2. Had profesional – Majikan atau pelanggan perniagaan sering mencari kita dalam talian. Menghilangkan diri boleh dilihat sebagai mencurigakan atau tidak profesional dalam sesetengah industri. Kau kehilangan peluang untuk membuat rangkaian, mempamerkan kerja atau pencapaian anda.
  3. Kesusahan dalam kehidupan harian – Banyak perkhidmatan terikat dengan akaun dalam talian. Tempahan, perbankan, komunikasi, malah penjagaan kesihatan. Dengan me-logout daripada ekosistem Single Sign-On boleh menjadikan penggunaan aplikasi tertentu lebih sukar untuk digunakan.
  4. Kehilangan legasi digital – Kandungan yang kau dah buat (blog, foto, video, komen, etc.) mungkin bernilai kepada orang lain atau diri anda pada masa hadapan.
  5. Kebergantungan kepada orang lain untuk komunikasi – Jika orang lain berkomunikasi melalui group chat, kau mungkin terlepas untuk join mereka, melainkan kawan kau buatkan sesuatu yang special untuk kau join, contoh nya, kalau selalu mereka chat dalam Whatsapp, kini mereka kena buat account Mastodon semata-mata nak kau join.

Kehadapan

Pada akhirnya, menghilangkan diri dari internet adalah pilihan peribadi. Bagi sesetengah orang, ini adalah tindakan menjaga diri atau rebel terhadap dunia yang saling berhubung. Bagi orang lain, mengekalkan diri dalam talian adalah diperlukan untuk hal kerja, hubungan antara manusia atau ekspresi diri.

Perkara yang paling penting ialah kesedaran terhadap privasi iaitu mengetahui jumlah maklumat peribadi kita di luar sana, siapa yang mempunyai akses kepadanya, dan ertinya dalam dunia pengawasan, penuaian data dan keabadian digital hari ini.

Kau tak perlu pun lenyap selama-lamanya. Kadangkala, detoks digital sementara sudah cukup untuk me-reset semula fikiran, mendapatkan semula perspektif dan kembali dengan sempadan yang lebih kuat. Dan jika anda memilih untuk berasingan secara kekal, semestinya ada cara nya untuk benar-benar hilang. Tetapi ia memerlukan perancangan, kesabaran dan komitmen yang padu.

Akhir sekali, matlamatnya bukanlah untuk hilang sepenuhnya melainkan kau memang betul-betul mahukan. Ia adalah untuk menuntut semula kawalan ke atas kehadiran digital kita, dan bukannya membiarkan ia mengawal hidup kita.


<
Sebelum
Mengintip Orang
>
Lanjut
Lock In