Internet memberi banyak manfaat kepada keluarga, tetapi ia juga membawa beberapa risiko. Tanpa sistem penapisan yang sesuai, pengguna boleh terdedah kepada pelbagai jenis ancaman.

Ancaman ini bukan hanya berkaitan kandungan dewasa. Banyak laman web juga mengandungi iklan berbahaya, skrip penjejakan, dan malware yang boleh mencuri data peribadi. Serangan seperti phishing, malicious ads (malvertising), dan laman web palsu boleh menyebabkan kebocoran maklumat, akaun digodam, atau peranti dijangkiti malware.

Sistem penapisan internet membantu mengurangkan risiko ini dengan menyekat:

  • laman web berbahaya
  • kandungan dewasa
  • iklan yang mengandungi malware
  • tracker yang mengumpul data pengguna

Pendekatan yang lebih berkesan ialah menggunakan beberapa lapisan penapisan serentak, seperti DNS filtering, hosts file, tetapan browser, dan extension.


Kandungan:

DNS Untuk Keluarga

Setting Untuk PC (Windows)

Family DNS ialah servis DNS yang sudah siap dengan penapisan kandungan seperti malware, iklan berbahaya, dan laman dewasa.

Menetapkan DNS secara manual pada PC memastikan peranti sentiasa menggunakan servis penapisan yang dipilih, walaupun tidak bergantung kepada router.

  1. Buka Settings
  2. Pergi ke Network & Internet
  3. Pilih Advanced network settings
  4. Klik More network adapter options
  5. Klik kanan pada network yang digunakan → Properties
  6. Pilih Internet Protocol Version 4 (IPv4)Properties
  7. Pilih Use the following DNS server addresses
  8. Masukkan DNS pilihan (contoh: 1.1.1.3 dan 1.0.0.3)
  9. Ulang langkah untuk Internet Protocol Version 6 (IPv6) jika perlu
  10. Klik OK

Nota

  • Pastikan set kedua-dua IPv4 dan IPv6 untuk elak bypass
  • Tetapan ini hanya terpakai pada PC tersebut
  • Boleh digunakan sebagai backup jika router tidak dikonfigurasi

ipv4

DNS IPv4 IPv6 Description
Cloudflare for Families 1.1.1.3
1.0.0.3
2606:4700:4700::1113
2606:4700:4700::1003
Menyekat malware dan kandungan dewasa
OpenDNS FamilyShield 208.67.222.123
208.67.220.123
2620:0:ccc::2
2620:0:ccd::2
Penapisan automatik untuk kandungan dewasa
CleanBrowsing Family Filter 185.228.168.168
185.228.169.168
2a00:5a60::bad1:0ff
2a00:5a60::bad2:0ff
Penapisan ketat, menyekat kandungan dewasa, proxy dan VPN
AdGuard DNS Family Protection 94.140.14.15
94.140.15.16
2a10:50c0::bad1:ff
2a10:50c0::bad2:ff
Menyekat iklan, tracker dan kandungan dewasa

Kepentingan IPv6 dalam DNS:

  • Prevent bypass: Banyak peranti moden menggunakan IPv6 secara default. Jika hanya DNS IPv4 ditetapkan, peranti boleh memintas penapisan melalui IPv6.
  • Perlindungan menyeluruh: Dengan menggunakan IPv4 dan IPv6 sekali, semua permintaan DNS akan ditapis.
  • Prestasi: IPv6 kadang-kadang memberi routing dan pemprosesan paket yang lebih pantas.

Tips konfigurasi

  • Tetapkan kedua-dua IPv4 dan IPv6.
  • Konfigurasi pada router supaya seluruh rangkaian menggunakan DNS yang sama.

Setting untuk Android

Selain tetapan DNS menggunakan IP (IPv4/IPv6), Android menyokong penggunaan Private DNS melalui hostname (DNS over TLS). Ini lebih konsisten kerana semua trafik DNS akan dipaksa melalui endpoint tersebut.

Contoh penggunaan:

  • Buka Settings
  • Pergi ke Network & Internet (atau Connection settings, bergantung pada peranti)
  • Pilih Private DNS
  • Pilih Private DNS provider hostname
  • Masukkan hostname DNS

DNS Hostname

DNS Hostname
Cloudflare for Families family.cloudflare-dns.com
CleanBrowsing Family Filter family-filter-dns.cleanbrowsing.org
AdGuard DNS Family Protection family.adguard-dns.com

Nota:

  • OpenDNS FamilyShield tidak menyediakan hostname untuk Private DNS (hanya IP).
  • Tetapan ini hanya terpakai pada peranti tersebut, tidak seperti router-level DNS.
  • Sesuai digunakan jika tiada akses kepada router atau sebagai lapisan tambahan.

Setting untuk iOS

iOS tidak menyediakan tetapan Private DNS secara langsung seperti Android. Sebaliknya, ia menggunakan configuration profile untuk menetapkan DNS over HTTPS (DoH) atau DNS over TLS (DoT).

Kaedah ini tetap mencapai tujuan yang sama: memaksa semua trafik DNS melalui servis penapisan.

Cara Setup

  1. Muat turun configuration profile dari penyedia DNS
  2. Buka Settings
  3. Pergi ke Profile Downloaded
  4. Install profile tersebut
  5. Aktifkan DNS melalui profile yang dipasang

DNS Configuration Profile

DNS Setup
Cloudflare for Families https://developers.cloudflare.com/1.1.1.1/setup/ios/
CleanBrowsing Family Filter https://cleanbrowsing.org/help/docs/ios/
AdGuard DNS Family Protection https://adguard-dns.io/en/public-dns.html

Nota:

  • Profile ini akan override DNS default sistem.
  • Lebih sukar untuk dipintas berbanding tetapan biasa.
  • Boleh digunakan bersama DNS di router untuk perlindungan tambahan.

Hosts File

Community list: https://github.com/4skinSkywalker/Anti-Porn-HOSTS-File/

Hosts file hanya boleh menyekat domain penuh (top-level domain). Ia tidak boleh menyekat halaman tertentu.

Contoh:
Jika twitter.com disekat dalam hosts file, seluruh laman Twitter akan disekat. Jika hanya mahu sekat satu akaun atau satu halaman tertentu, hosts file tidak sesuai.

Untuk menyekat URL spesifik, gunakan browser extension.

Cara edit hosts file (Windows)

  1. Klik kanan pada ikon Notepad kemudian pilih Run as administrator
  2. Pergi ke File → Open
  3. Masukkan path berikut:
C:\windows\system32\drivers\etc\hosts
  1. Tambah baris baru dan tampal kandungan dari hosts.txt
  2. Simpan fail
  3. Reboot komputer

Guna Brave Browser

Secure DNS

Tidak digalakkan.

Jika menggunakan DNS dalam tetapan Brave, penapisan hanya berlaku dalam Brave sahaja. Browser lain masih boleh membuka laman yang tidak ditapis.

Lebih baik tetapkan DNS di peringkat sistem atau router.

Content Filtering

Pergi ke Settings -> Shields -> Content filtering. Aktifkan Porn Blocker.

Tambahkan custom filter list:

Lihat laman ini untuk cara konfigurasi: https://oisd.nl/setup/brave

Beberapa senarai tambahan:

  • https://big.oisd.nl –> List besar
  • https://small.oisd.nl
  • https://nsfw.oisd.nl –> List besar
  • https://nsfw-small.oisd.nl

Brave “Block Elements”

block elements

Brave mempunyai fungsi Block Elements yang membolehkan kita menyembunyikan elemen tertentu dalam sesuatu laman web menggunakan custom filter (CSS selector).

Berbeza dengan DNS atau hosts file yang menyekat seluruh domain, fungsi ini beroperasi pada peringkat halaman. Ia sesuai untuk kes di mana laman web masih diperlukan, tetapi hanya bahagian tertentu sahaja yang ingin ditapis.

Dalam konteks penapisan kandungan, kaedah ini boleh digunakan untuk:

  • membuang elemen distraksi seperti Reels, Story
  • menyekat sponsored ads
  • mengurangkan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai dalam social media
  • meningkatkan fokus semasa melayari web

Contoh penggunaan adalah untuk Facebook dan Instagram (versi web), dengan menyekat elemen tertentu yang sering memaparkan kandungan tidak ditapis. Di bawah ini adalah filter yang aku pakai untuk menyekat elemen seperti Reel dan Story dalam Facebook dan Instagram (web).

www.facebook.com##.xb57i2i.x1q594ok.x5lxg6s.x78zum5.xdt5ytf.x10wlt62.x1n2onr6.x1ja2u2z.x1pq812k.xfk6m8.x1yqm8si.xjx87ck.xw2csxc.x7p5m3t.x9f619.xat24cr.xwib8y2.x1y1aw1k.x1rohswg.xhfbhpw > .x78zum5.x1iyjqo2.x1n2onr6.x1q0g3np
www.facebook.com##.x1n2onr6.xwya9rg.x1y1aw1k.xwib8y2.x4vbgl9
www.facebook.com##.x9f619.x1ja2u2z.xnp8db0.x112wk31.xnjgh8c.xxc7z9f.x1t2pt76.x1u2d2a2.x6ikm8r.x10wlt62.x7wzq59.xxzkxad.x1daaz14 > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.xedcshv.x1t2pt76 > .xb57i2i.x1q594ok.x5lxg6s.x78zum5.xdt5ytf.x6ikm8r.x1ja2u2z.x1pq812k.x1rohswg.xfk6m8.x1yqm8si.xjx87ck.x1l7klhg.x1iyjqo2.xs83m0k.x2lwn1j.xx8ngbg.xwo3gff.x1oyok0e.x1odjw0f.x1e4zzel.x1n2onr6.xq1qtft > div.x78zum5.xdt5ytf.x1iyjqo2.x1n2onr6:nth-of-type(1) > div.x1y1aw1k:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > .x1n2onr6.x1uc6qws.xyen2ro > div.xwib8y2.x1y1aw1k:nth-of-type(2)
www.facebook.com##.x9f619.x1ja2u2z.xnp8db0.x112wk31.xnjgh8c.xxc7z9f.x1t2pt76.x1u2d2a2.x6ikm8r.x10wlt62.x7wzq59.xxzkxad.x1daaz14 > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.xedcshv.x1t2pt76 > .xb57i2i.x1q594ok.x5lxg6s.x78zum5.xdt5ytf.x6ikm8r.x1ja2u2z.x1pq812k.x1rohswg.xfk6m8.x1yqm8si.xjx87ck.x1l7klhg.x1iyjqo2.xs83m0k.x2lwn1j.xx8ngbg.xwo3gff.x1oyok0e.x1odjw0f.x1e4zzel.x1n2onr6.xq1qtft > div.x78zum5.xdt5ytf.x1iyjqo2.x1n2onr6:nth-of-type(1) > div.x1y1aw1k:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > .x1n2onr6.x1uc6qws.xyen2ro > .x1n2onr6.x1ja2u2z.x9f619.x78zum5.xdt5ytf.x2lah0s.x193iq5w.xjkvuk6.x1cnzs8 > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.x1iyjqo2.x2lwn1j > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.x2lah0s.x193iq5w.xf7dkkf.xv54qhq > .x78zum5.xdt5ytf.xz62fqu.x16ldp7u > .xu06os2.x1ok221b > .x193iq5w.xeuugli.x13faqbe.x1vvkbs.x1xmvt09.x1lliihq.x1s928wv.xhkezso.x1gmr53x.x1cpjm7i.x1fgarty.x1943h6x.xudqn12.x676frb.x1jchvi3.x1lbecb7.x1s688f.xzsf02u > .x9f619.x1ja2u2z.x78zum5.x2lah0s.x1n2onr6.x1qughib.x6s0dn4.xozqiw3.x1q0g3np.xzt5al7 > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.x193iq5w.xeuugli.x1r8uery.x1iyjqo2.xs83m0k > .html-h3.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x1vvkbs.x1heor9g.x1qlqyl8.x1pd3egz.x1a2a7pz.x193iq5w.xeuugli > .x193iq5w.xeuugli.x13faqbe.x1vvkbs.x1xmvt09.x1jchvi3.x1lbecb7.x1s688f.xi81zsa > .x1lliihq.x6ikm8r.x10wlt62.x1n2onr6.x1j85h84
www.facebook.com##li.html-li.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl:nth-of-type(8) > div.x1n2onr6.x1ja2u2z.x9f619.x78zum5.xdt5ytf.x2lah0s.x193iq5w:nth-of-type(1) > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.x1iyjqo2.x2lwn1j > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.x2lah0s.x193iq5w.xmzvs34.xf159sx > .x1i10hfl.x1qjc9v5.xjbqb8w.xjqpnuy.xc5r6h4.xqeqjp1.x1phubyo.x13fuv20.x18b5jzi.x1q0q8m5.x1t7ytsu.x972fbf.x10w94by.x1qhh985.x14e42zd.x9f619.x1ypdohk.xdl72j9.x2lah0s.x3ct3a4.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.x2lwn1j.xeuugli.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x1n2onr6.x16tdsg8.x1hl2dhg.xggy1nq.x1ja2u2z.x1t137rt.x1fmog5m.xu25z0z.x140muxe.xo1y3bh.x1q0g3np.x87ps6o.x1lku1pv.x1a2a7pz.x1lliihq > .html-div.x1qjc9v5.x9f619.x78zum5.xdt5ytf.x1iyjqo2.xl56j7k.xeuugli.xifccgj.x4cne27.xw01apr.x1ws5yxj.xbktkl8.x1tr5nd9.x3su7b9.x12pbpz1.x1gtkyd9.x1r8uycs > .x9f619.x1ja2u2z.x78zum5.x2lah0s.x1n2onr6.x1qughib.x6s0dn4.xozqiw3.x1q0g3np
www.facebook.com##li.html-li.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl:nth-of-type(8) > div.x1n2onr6.x1ja2u2z.x9f619.x78zum5.xdt5ytf.x2lah0s.x193iq5w:nth-of-type(1) > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.x1iyjqo2.x2lwn1j > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x78zum5.xdt5ytf.x2lah0s.x193iq5w.xmzvs34.xf159sx > .x1i10hfl.x1qjc9v5.xjbqb8w.xjqpnuy.xc5r6h4.xqeqjp1.x1phubyo.x13fuv20.x18b5jzi.x1q0q8m5.x1t7ytsu.x972fbf.x10w94by.x1qhh985.x14e42zd.x9f619.x1ypdohk.xdl72j9.x2lah0s.x3ct3a4.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.x2lwn1j.xeuugli.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x1n2onr6.x16tdsg8.x1hl2dhg.xggy1nq.x1ja2u2z.x1t137rt.x1fmog5m.xu25z0z.x140muxe.xo1y3bh.x1q0g3np.x87ps6o.x1lku1pv.x1a2a7pz.x1lliihq > .html-div.x1qjc9v5.x9f619.x78zum5.xdt5ytf.x1iyjqo2.xl56j7k.xeuugli.xifccgj.x4cne27.xw01apr.x1ws5yxj.xbktkl8.x1tr5nd9.x3su7b9.x12pbpz1.x1gtkyd9.x1r8uycs
www.facebook.com##.x78zum5.x1q0g3np.x1qughib.xz9dl7a.xpdmqnj.x1120s5i.x1g0dm76
www.facebook.com##.x1hc1fzr.x1unhpq9.x6o7n8i > div:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(2) > div.x1lliihq:nth-of-type(2) > div:nth-of-type(1) > span:nth-of-type(1) > div.x1lliihq > div:nth-of-type(1) > .x1n2onr6.xh8yej3.x1ja2u2z.xod5an3 > div.x1n2onr6.x1ja2u2z:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > div.x1a2a7pz:nth-of-type(1) > div.x78zum5.xdt5ytf:nth-of-type(1) > div.x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z:nth-of-type(1) > div.html-div.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x78zum5.x1n2onr6.xh8yej3:nth-of-type(1) > div.x1n2onr6.x1ja2u2z.x1jx94hy.xw5cjc7.x1dmpuos.x1vsv7so.xau1kf4.x9f619.xh8yej3.x6ikm8r.x10wlt62.xquyuld:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(1) > .html-div.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x78zum5.x1n2onr6.xh8yej3 > .x1n2onr6.x1ja2u2z.x1jx94hy.xw5cjc7.x1dmpuos.x1vsv7so.xau1kf4.x9f619.xh8yej3.x6ikm8r.x10wlt62.xquyuld > div.x6ikm8r.x10wlt62:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(2) > div.x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z:nth-of-type(1) > .x9f619.x1n2onr6.x1ja2u2z.x1wsgfga.x9otpla.xwib8y2.x1y1aw1k > .xb57i2i.x1q594ok.x5lxg6s.x78zum5.xdt5ytf.x10wlt62.x1n2onr6.x1ja2u2z.x1pq812k.xfk6m8.x1yqm8si.xjx87ck.xw2csxc.x7p5m3t.x9f619.xat24cr.xwib8y2.x1y1aw1k.x1rohswg.xhfbhpw
www.instagram.com##.x1i10hfl.x9f619.x1ypdohk.xdl72j9.x2lah0s.x3ct3a4.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.x2lwn1j.xeuugli.xexx8yu.x18d9i69.x16tdsg8.x1hl2dhg.xggy1nq.x1ja2u2z.x1t137rt.x1q0g3np.x87ps6o.x1lku1pv.x1a2a7pz.x6s0dn4.x7r02ix.x1ss9elp.x11ppq56.xvhwddo.x1o29io0.x13fuv20.x18b5jzi.x1q0q8m5.x1t7ytsu.x1w60jca.x3nfvp2.xl56j7k.x1n2onr6.x6zsckl.x10qfohq.xdwr3uu.xly64p6.x178xt8z.x1lun4ml.xso031l.xpilrb4.xnnlda6.xv54qhq.xf7dkkf.x1ddxa5k.xysibl7.x4yb96v.x1kylhsf.xed3198
www.instagram.com##.html-div.xdj266r.x14z9mp.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x9f619.xjbqb8w.x78zum5.x15mokao.x1ga7v0g.x16uus16.xbiv7yw.x1yztbdb.x1n2onr6.x1plvlek.xryxfnj.x1c4vz4f.x2lah0s.xdt5ytf.xqjyukv.x1qjc9v5.x1oa3qoh.x1nhvcw1 > .html-div.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x9f619.xjbqb8w.x78zum5.x15mokao.x1ga7v0g.x16uus16.xbiv7yw.x1n2onr6.x1plvlek.xryxfnj.x1c4vz4f.x2lah0s.x1q0g3np.xqjyukv.x6s0dn4.x1oa3qoh.x1nhvcw1
www.instagram.com##.html-div.xdj266r.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xyri2b.x1c1uobl.x9f619.xjbqb8w.x78zum5.x15mokao.x1ga7v0g.x16uus16.xbiv7yw.xwib8y2.x1y1aw1k.x1uhb9sk.x1plvlek.xryxfnj.x1c4vz4f.x2lah0s.xdt5ytf.xqjyukv.x1qjc9v5.x1oa3qoh.x1nhvcw1
www.instagram.com##.html-div.xdj266r.xat24cr.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x9f619.xjbqb8w.x78zum5.x15mokao.x1ga7v0g.x16uus16.xbiv7yw.xyqm7xq.x1ys307a.x1uhb9sk.x1plvlek.xryxfnj.x1c4vz4f.x2lah0s.xdt5ytf.xqjyukv.x1qjc9v5.x1oa3qoh.x1nhvcw1
www.instagram.com##.html-div.x14z9mp.xat24cr.x1lziwak.xexx8yu.xyri2b.x18d9i69.x1c1uobl.x9f619.xjbqb8w.x78zum5.x15mokao.x1ga7v0g.x16uus16.xbiv7yw.xseo6mj.x1uhb9sk.x1plvlek.xryxfnj.x1c4vz4f.x2lah0s.xdt5ytf.xqjyukv.x1qjc9v5.x1oa3qoh.x1nhvcw1
www.instagram.com##.x1iyjqo2.xdj266r.x11t971q.xat24cr.xvc5jky.x38y82z.x1xnnf8n.x18d9i69.x106a9eq.x1wfb79h.xb3f9ss.x1k4gc0v.x1hfk2xs.x10rn61k.x1m6xvf3.x12wacv3 > div:nth-of-type(1) > div:nth-of-type(2)

Browser Extension

Website Blocker: https://chromewebstore.google.com/detail/website-blocker/kniediipngcpmbmpeacaoinhoeipfina

Terdapat banyak extension yang boleh digunakan. Mana-mana pun boleh selagi ia menyokong fungsi menyekat URL.

Extension sesuai digunakan untuk:

  • menyekat halaman tertentu
  • menyekat URL spesifik
  • menyekat profil pengguna tertentu dalam sesuatu laman

Stylus & Tampermonkey (Advanced Filtering)

Selain fungsi terbina dalam seperti Brave “Block Elements”, penapisan elemen juga boleh dilakukan menggunakan browser extension seperti Stylus dan Tampermonkey.

Kedua-dua extension ini memberi kawalan yang lebih mendalam terhadap apa yang dipaparkan dalam sesuatu laman web.

  • Stylus digunakan untuk inject custom CSS (sembunyikan elemen tertentu)
  • Tampermonkey digunakan untuk inject JavaScript (ubah behavior laman web)

Dalam konteks penapisan kandungan, ia boleh digunakan untuk:

  • menyembunyikan elemen tertentu (feed, sidebar, ads)
  • membuang bahagian laman yang mengandungi distraksi
  • ubah susun atur supaya lebih minimal
  • tapis kandungan tertentu secara automatik

Perbezaan dengan Brave “Block Elements”

Fungsi adalah sama dari segi konsep, tetapi:

  • Brave “Block Elements” → built-in, mudah digunakan, sesuai untuk basic filtering
  • Stylus / Tampermonkey → lebih advanced, fleksibel, dan boleh customize secara mendalam, berfungsi sebagai extension, boleh digunakan di browser lain seperti Chrome dan Firefox (Greasemonkey)

Kaedah ini sesuai jika mahu kawalan granular terhadap kandungan dalam sesuatu laman tanpa perlu menyekat keseluruhan website.

Kaedah Lain

SafeSearch Enforcement

Banyak enjin carian mempunyai mod penapisan kandungan dewasa yang dipanggil SafeSearch. Jika tidak dipaksa (enforced), pengguna masih boleh mematikannya.

Beberapa servis DNS family biasanya sudah memaksa SafeSearch secara automatik.

Contoh enjin carian yang menyokong SafeSearch:

  • Google SafeSearch
  • Bing SafeSearch
  • YouTube Restricted Mode

Jika menggunakan router atau DNS yang menyokongnya, SafeSearch boleh dipaksa supaya tidak boleh dimatikan oleh pengguna.

Kelebihan kaedah ini:

  • mengurangkan imej atau video lucah dalam hasil carian
  • sesuai untuk peranti kanak-kanak
  • berfungsi tanpa perlu memasang apa-apa pada browser

Router-Level Blocking

Router boleh digunakan sebagai lapisan penapisan utama kerana semua peranti dalam rangkaian akan melalui router tersebut.

Beberapa fungsi yang boleh digunakan pada router:

  • DNS filtering
  • domain blacklist
  • jadual akses internet
  • parental control

Kelebihan konfigurasi di router:

  • semua peranti dalam rumah ditapis secara automatik
  • termasuk telefon, tablet, TV dan konsol permainan
  • pengguna biasa tidak boleh ubah tetapan dengan mudah

Jika router menyokong firmware seperti:

  • OpenWRT
  • pfSense
  • OPNsense

Fungsi penapisan boleh menjadi lebih kuat.

Block DNS Over HTTPS (DoH)

Browser moden boleh menggunakan DNS Over HTTPS (DoH). Ini membolehkan browser memintas DNS yang telah ditetapkan pada sistem.

Jika tidak dikawal, pengguna boleh bypass DNS filtering.

Langkah yang boleh dibuat:

  • disable DoH dalam browser
  • block DoH endpoint di router
  • gunakan firewall rule untuk paksa penggunaan DNS router

Contoh domain DoH yang biasa digunakan:

  • dns.google
  • cloudflare-dns.com
  • mozilla.cloudflare-dns.com

Device-Level Parental Control

Sesetengah sistem operasi mempunyai kawalan ibu bapa terbina dalam.

Contoh:

Windows

  • Microsoft Family Safety

Android

  • Google Family Link

iOS

  • Screen Time / Content Restrictions

Fungsi yang biasanya tersedia:

  • sekat aplikasi tertentu
  • sekat laman web tertentu
  • had masa penggunaan peranti
  • laporan aktiviti internet

Ini menambah satu lagi lapisan jika pengguna cuba memintas penapisan rangkaian.

Gunakan Akaun Tanpa Admin

Jika peranti digunakan oleh kanak-kanak atau pengguna biasa, jangan beri akses admin.

Sebab:

  • mereka tidak boleh ubah DNS
  • tidak boleh install VPN
  • tidak boleh ubah hosts file
  • tidak boleh uninstall extension penapis

Gunakan akaun standard pada komputer.

Kesimpulan

Untuk penapisan yang lebih kuat, gunakan beberapa lapisan serentak:

  1. DNS filtering (OS/router level)
  2. IPv4 + IPv6 configuration
  3. SafeSearch enforcement
  4. hosts file
  5. browser filtering
  6. URL blocker extension
  7. router firewall rules
  8. device parental control

Gabungan kaedah ini memberikan penapisan yang lebih konsisten di seluruh rangkaian. Semakin banyak lapisan, semakin sukar untuk memintas sistem penapisan.



<
Sebelum
Melanun Di Youtube
>
Arkib
Semua catatan blog sebelum ini