Kandungan:


Bersua kembali ke siri keadaan bitcoin ke ATH tahun 2025. Post terakhir aku ada ulas tentang perjalanan Bitcoin ke $20,000 (ATH waktu itu). Kali ini aku nak sembang pula pasal keadaan crypto pada tahun 2025.

halving

Tanggal 20 April 2024, bitcoin sudah pun melakukan reward halving yang ke-4. Kalau ikut carta atas kita boleh lihat efek kepada price setiap berlaku nya halving event.

Reaksi Gerak Harga Di Atas $100k

2

Pertama sekali, mari kita lihat price action untuk pair BTC/USD sewaktu perjalanan ke ATH iaitu $109,588 (Binance).

Merujuk pada carta di atas, kita boleh lihat bitcoin menuju $100,000 setelah Trump menang dalam pilihanraya AS pada 20 Nov 2024. Tidak disangka, bitcoin akhirnya mencapai titik harga yang paling berharga dalam sejarah cryptocurrency market iaitu seratus ribu AS dollar. Pump yang luar biasa ini menyebabakan seluruh market crypto turbo sent ke bulan. Momen yang agak euphoric waktu itu. Namun, euphoria itu hanyalah buat sementara sehinggalah pada tanggal 20 Jan 2025, Trump masuk office. Kejadian ini menyebabkan bull run yang sepatutnya membawa bitcoin ke arah 1 Juta USD terberhenti seketika.

Impian para pedagang crypto musnah apabila harga bitcoin jatuh menjunam sebanyak -31% iaitu dari $109,000 ke hampir $70,000. Mengikut analisis teknikal, $70,000 merupakan harga sokongan yang kuat. Dari situ, harga membuat reversal semula menuju ke arah ATH. Dan ini lah keadaannya sekarang, para bull sedang bertungkus lumus menewaskan para beruang homoseksual yang short. Reversal itu juga menyebabkan ramai para beruang tewas (liquidated) akibat ketamakan mereka meng-short sell bitcoin dengan leverage yang tinggi.

1

Dapat kita lihat pertarungan sengit antara bull dan bear dalam carta di atas.

Suasana Hambar

Retail masih belum masuk. Google Trend untuk kata kunci “Bitcoin” dan “crypto” masih di paras terendah sejak beberapa tahun. Cuma crypto twitter je yang masih tinggal dalam echo bubble market ini, itu pun ada beberapa je OG yang tinggal. Naratif skim cepat kaya pun agak kurang kalau nak dibandingkan dengan cycle bull run sebelum ini. Tiada kelibat makcik pakcik yang shill crypto dalam status WhatsApp. Masih kah anda ingat NFT dan metaverse? Ya, benda ni memang macam tak wujud dah dalam cycle sekarang ni.

google-trend

Dominasi Bitcoin

Dominasi bitcoin dalam pasaran crypto kian meningkat jika nak dibandingkan dengan paras pendominasian pasaran alt coin. Dalam dunia yang tak menentu ini, mungkin para pedagang dan pelabur lebih menginginkan kestabilan portfolio dari mengambil risiko melabur di dalam pasaran alt coin. Banyak alt coin yang belum recover ke paras yang sebelum nya walaupun bitcoin telah pun mencecah all time high. Menandakan bahawa alt season mungkin akan datang lambat dari yang diharapkan.

btc.d

Kasino Meme Coins

Meme coins telah menjadi satu trend baru dalam crypto untuk cycle kali ini. Kalau kitaran sebelum ini ada kita ICO, NFT, DeFi, Metaverse. Kali ini pedagang degen boleh mencipta sendiri token dan menjana duit dari penciptaan meme coin. Banyak ekosistem telah dibina mengambil peluang menakluki pasaran meme coin seperti Base, Hyperliquid, dan Solana. Token seperti Dogwifhat, Bonk, Fartcoin antara beberapa meme coin yang popular, juga telah mencapai jutaan sehingga billion dollar market cap. Peluang membuat duit dalam meme coin ini agak sukar kerana setiap saat ada meme coin yang tercipta membuatkan ia mudah di saturasi dengan cepat. Volatility yang sangat tinggi juga membuatkan pedagang crypto sangat aktif dalam berdagang meme coin ini.

Perbezaan Ketara Utiliti Dan Harga

utility-vs-price

Sumber

Banyak projek-projek crypto menunjukkan peningkatan real-world adoption dan utiliti. Sebagai contoh, kaedah pembayaran, tokenization dan penggunaan DeFi. Akan tetapi, harga token untuk projek-projek ini agak tidak memberangsangkan berbanding tahun sebelum nya. Rangkaian blockchain seperti XRP Ledger, Solana dan sebagai nya memang ada nampak kesan peningkatan volume on-chain, tapi hal ini tidak dicerminkan kepada harga underlying asset untuk rangkaian tersebut. Justeru, hal ini membuatkan pasaran crypto putus hubungan dengan spekulasi pasaran dan penggunaan rangkaian. Para pedagang dan pelabur mungkin tidak menilai utiliti sebenar dengan baik.

Institusi Tetap Membeli

  1. Michael Saylor & Strategy

saylor

Saylor Tracker

Ingat tak aku pernah cerita pasal sorang mamat ni dia beli bitcoin dengan kuantiti yang banyak dalam post yang lepas? Dia masih lagi aktif membeli bitcoin untuk company dia Strategy (dulu nya MicroStrategy). Walaupun harga bitcoin tinggi pun dia tetap beli. Dia punya conviction terhadap market memang utuh, membuatkan orang lain bermotivasi untuk kekal dalam pasaran.

  1. Boomers telah datang

Spot Bitcoin ETF menyuntik modal baru dari dunia kewangan tradisional. Kini, boomers dari Wall St (dana pencen, hedge fund dan sovereign wealth fund) dah boleh beli dan trade crypto dengan mudah dengan menggunakan ETF ini. Tiada kerisauan dari segi self-custody atau pengenaan cukai lagi. Kerana semua nya sudah tersedia dalam bentuk spot ETF. Institusi besar seperti BlackRock, Fidelity dan lain-lain secara berterusan menambah akaun mereka dengan BTC dan crypto asset lain. Ini menunjukkan bahawa pasaran crypto semakan matang dan stabil berbanding zaman retail bull run dulu. Maka nya harga bitcoin tak naik secara mendadak lagi kerana ada nya institusi ini beli secara TWAP.

Politik AS

  1. Presidensi Kedua Donald Trump

Trump telah menang pilihan raya AS pada November 2024. Polisi baru beliau merangkumi banyak pendirian yang pro-crypto. Segala undang-undang yang ketat untuk crypto zaman Biden dulu dia dah buang dan reverse balik, sebagai contoh, cukai crypto bakal dihapuskan di AS, membuat negara AS sebagai negara yang memimpin Bitcoin mining dan beliau juga telah membebaskan semula Ross Ulbricht, founder SilkRoad. Ini sekaligus membuatkan Trump di sahut tinggi oleh komuniti anti-CBDC, pro-kebebasan dan libertarian. Selain itu, beliau juga telah meluluskan Crypto Strategic Reserve iaitu negara AS boleh mempertimbang untuk memegang aset crypto di dalam rizab negara. Dalam masa yang sama mencetuskan kebimbangan dalam kalangan Bitcoin maxi tentang kedaulatan dan prinsip sebenar Bitcoin – financial freedom.

  1. Penamatan Tuntutan Mahkamah Berkenaan Crypto

Hampir kesemua hukuman undang-undang yang dikenakan kepada syarikat crypto di AS dalam pemerintahan Biden sudah pun tamat, menyebabkan sentimen pasaran menjadi semakin rancak terutamanya XRP. Mahkamah AS telah pun membuat keputusan untuk menolak beberapa kes SEC yang berprofil tinggi seperti Coinbase dan Binance. Manakala untuk kes saman Ripple pula masih dalam kes yang aktif, tetapi ada ura-ura yang kes ini bakal ditamatkan. Dalam kelonggaran undang-undang, ada juga undang-undang yang ketat yang diperkenalkan di luar AS seperti EU MiCA, AS legislation dan KYC diperketatkan. Pengetatan undang-undang ini adalah bertujuan untuk melindung pengguna dan mengawal penggunaan crypto di dalam blockchain daripada di salahguna.

  1. Kebangkitan Stablecoin

Stablecoins telah wujud lama dalam dunia crypto. Peranan stablecoin dalam pasaran crypto amat penting bagi melicinkan perdagangan dalam infrastruktur crypto. Tether merupakan pengeluar stablecoin pertama iaitu USD Tether (USDT). Tanpa stablecoin mungkin kita tak boleh nak berinteraksi di dalam blockchain seperti decentralized exchange. Proses on-ramping pengguna baru juga mungkin lebih sukar jika stablecoin tidak dicipta. USDC juga adalah sebuah stablecoin yang bersaing dominasi bersama USDT. Kelebihan USDC adalah ia dikawal selia oleh kerajaan AS, manakal USDT hidup diluar selia kerajaan. Ini membuatkan USDT kian hilang dominasi dalam pasaran dan penggunaan USDC dalam infrastruktur crypto makin meningkat. Ripple juga telah melancarkan stablecoin nya sendiri yang dinamakan RLUSD. Ia adalah stablecoin yang disandarkan oleh AS dollar sepenuhnya bertujuan untuk penggunaan enterprise dan institusi. Dengan wujud nya bermacam pilihan stablecoin ini membuatkan ia menjadi satu kunci utama dalam sistem pembayaran, DeFi dan kiriman wang rentas sempadan, sekali gus menyambung dunia crypto dan kewangan tradisional. Dari segi undang-undang pula, Akta Genius (rang undang-undang AS yang menyokong rangka kerja stablecoin terkawal) baru-baru ini diluluskan, memberikan kejelasan undang-undang untuk pengeluar-pengeluar stablecoin.

stablecoin-index

Rajah: Market cap stablecoin kian meningkat saban tahun.

top-10-stable

Rajah: Indeks top 10 stablecoin dalam crypto market.

DefiLlama Stablecoin Index

Ambang Perang Dunia Ke-3

Pada 13 Jun 2025, ketegangan antara Iran dan Israel parah memuncak apabila Israel melancarkan Operasi Kebangkitan Singa (Op Rising Lion), sebuah operasi serangan udara berskala besar menyasarkan fasiliti nuklear di Iran, tapak tentera dan komander-komander senior. Iran menyerang balas dengan melancarkan Operasi Janji Yang Benar 3 (Op True Promise 3), dengan melancarkan lebih 400 peluru berpandu balistik dan dron ke arah negara haram Israel.

Lonjakan konflik ini telah mencetus volatility di dalam pasaran kewangan. Yang paling memberi kesan adalah harga minyak menaik 18% sehingga $79.04 per barel, akibat kerisauan pedagang terhadap penutupan Selat Hormuz, sebuah selat yang penting untuk transportasi minyak ke serata dunia. Pasaran crypto pula melihatkan kejatuhan yang mendadak akibat risiko geopolitik ini. Manakala pasaran yang lain seperti emas dan saham tidak memberi kesan yang teruk akibat konflik ini.

bitcoin-price-ww3

Rajah: Gerak harga BTC/USD ketika Iran menyerang Israel.

gold-price-ww3

Rajah: Gerak harga XAU/USD ketika Iran menyerang Israel.

Konflik Iran-Israel, yang ditandai dengan serangan peluru berpandu Iran dan kempen agresif Israel, telah meningkatkan ketidakstabilan serantau, mengganggu pasaran, dan menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan global. Walaupun pasaran kewangan menunjukkan daya tahan yang stabil, potensi konflik yang lebih luas masih menjadi kebimbangan kritikal. Jika AS campur tangan secara langsung atau Iran menyasarkan negara Teluk, konflik itu boleh menarik kuasa global, semakin hampir kepada senario Perang Dunia ke-3.

Persoalan nya, adakah perubahan politik global seperti ini bakal menyaksikan perubahan struktur kewangan dunia? Seperti apa yang kita dapat lihat dari peristiwa-peristiwa sebelum:

  • Perang Dunia 1 dan 2
  • The Gold Standard
  • Dot-Com Bubble
  • Krisis Kewangan Global 2008
  • COVID-19

Konflik Iran-Israel ini bakal kita lihat perubahan lanskap kewangan dunia berskala besar dimulai dengan pelarian pelabur melabur ke aset lindung nilai seperti emas dan Bitcoin.

  1. Kebangkitan Aset Alternatif:
    • Krisis keyakinan terhadap sistem dolar (akibat hutang AS yang tinggi, konflik antarabangsa) boleh mempercepat penggunaan Bitcoin sebagai rizab alternatif oleh negara tertentu.
  2. Stablecoin dan CBDC (Central Bank Digital Currencies):
    • Dunia kini mula bergerak ke arah sistem pembayaran digital berasaskan blockchain.
    • Konflik dan geopolitik hanya mempercepatkan keperluan untuk sistem yang lebih pantas, murah, dan neutral.
  3. De-dollarisasi:
    • Negara-negara seperti BRICS semakin menjauh dari USD dalam perdagangan antarabangsa.
    • Krisis geopolitik boleh mempercepat langkah ini.

Walaupun kita belum sampai ke tahap revolusi kewangan sepenuhnya, petanda awalnya sudah pun kelihatan, sebagai contoh digitalisasi kewangan sudah pun terserap masuk ke dalam penggunaan seharian kita seperti pembayaran tanpa tunai menggunakan e-wallet (post-COVID19). Sejarah menunjukkan bahawa krisis politik besar hampir selalu menjadi pencetus anjakan paradigma serta struktur kewangan global. Dunia kini semakin bersedia untuk alternatif: Bitcoin, stablecoin, sistem kewangan berasaskan blockchain, dan mungkin model kewangan multipolar yang tidak hanya bersandarkan kepada dollar.

Jika konflik berterusan atau berkembang, 2020–2030 mungkin dikenang sebagai dekad buat perubahan sistem kewangan dunia.


<
Previous Post
Migrasi Nota - Bhg II
>
Next Post
Mengintip Orang Di Internet