بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dari Blogspot (outdated), ke Ghost (bloated), ke 11ty (lupa renew domain), hingga sekarang ke Github Pages.

Aku pakai Github Pages ni sebab dulu masa pakai static site generator (11ty), leceh betul nak maintain. Nak kena update library itu ini. Self-host pula tu. Bertambah leceh kerja nya nak kena renew domain lah, renew hosting. Aku pakai Digital Ocean dulu. Dah run sejak 2015 lagi kot droplet tu. Disember tahun lepas akhirnya aku shutdown droplet tu. Sedih memang sedih, tapi server tu aku dah tak pakai. Cuma run blog dan ada lah beberapa cronjob yang tengah jalan waktu tu.

Zaman Blogspot lagi best. Itu zaman puncak aku menulis. Waktu tu penasaran aku tentang dunia masih berapi-api. Baca sikit pasal astronomi ke sains, dah macam tahu segala benda, terus tulis blog lol. Tapi seronok lah waktu tu. Sekarang platform tu masih ada di bawah panji korporasi gergasi Google. Nak kata tentang longevity antara semua platform yang aku pernah guna tu, Blogspot paling boleh hidup lama la. Aku okay je nak pakai Blogspot, cuma dia kurang satu benda yang aku paling perlukan iaitu Markdown support.

Ghost ni sebuah blogging framework. Juga aku self-host. Waktu aku mula-mula pakai best je sebab framework nya ringan. Macam biasa lah, bila dah popular, ramai contributor, makin bertambah feature yang tak diperlukan masuk dalam codebase dia. Server aku mula lah berat disebabkan dia je. Maka aku pun pindah ke 11ty (baca: eleventy). 11ty tu aku suka pasal simplicity dia, tambahan lagi boleh customize macam-macam.

Semoga segala kentut yang terperap dalam otak ni keluar ke dalam tempat baru ini.


Update 15/01/2024:
Pakai Github Pages ni takde lah latest sangat library nya. Sama je pakai yang lama 😩 Source


<
Previous Post
Analisis Teknikal
>
Next Post
Muzik Di Telinga: Edisi Berubah Angin