Permulaan

Informasi yang masuk dalam kepala otak aku ni sangat overwhelming membuatkan aku fikir untuk berhenti daripada involve dalam dunia internet buat seketika. Lihat pada updates yang aku tulis setiap berkala tu, ada je aku masuk balik account account social media aku semua sebab aku bosan. Ada lah dalam 30 hari aku laksanakan eksperimen ni. Dan ia berjaya. Ia memang dapat membantu aku untuk lebih fokus buat aktiviti yang lebih penting bagi diri. Sekarang dah terlebih 30 hari, dan aku masih melakukan nya, cuma pattern nya tak perfect lah. Ada kala aku install balik, bila dah rasa bosan, uninstall balik. Sekarang, aku tekad nak keluar dari media sosial secara kekal.

Pertama sekali, aku ni bukan sesiapa pun. Takde orang kisah pasal aku dalam dunia internet. Bukan lah artis, ahli politik. Cuma netizen yang menjalankan kehidupan biasa macam orang lain; post status, post gambar, check facebook etc. Dulu dulu ye la kot aku seronok dengan benda benda ni. Aku ingat lagi zaman Friendster, Yahoo Messenger, Myspace, IRC etc, aku agak aktif meng-upload gambar, chatting apa semua. Tapi sekarang aku dah rasa bosan dengan semua ni. Mengimbas kembali kenangan Friendster dulu, zaman di mana perkataan selfie belum wujud lagi (fakta menarik: dulu orang panggil cam-whore), zaman di mana camera belum canggih dan proses nak transfer gambar yang susah, selfie ala emo kamera 80 degree ke atas, benda-benda tu buat aku rasa malu dengan diri aku lol. Mujur aku dah buang semua gambar tu. Malu bukan sebab apa, sebab aku tak percaya yang aku macam tu dulu. Nak compare kan dengan diri aku sekarang, aku lebih suka menyendiri dan tak suka lagi dah nak tunjuk kehidupan aku dekat internet. Aku cuma tak tahu kenapa dan sejak bila transisi ini berlaku.

Penafian

Bukan lah nak cakap Instagram ni benda buruk pernah berlaku dalam sejarah kemanusiaan. Banyak perkara yang positif terjadi dengan kewujudan aplikasi ni. Excerpt dari :

Instagram can be awesome. If you’re not over-doing it, it really can be inspiring, artistic, creative, a visual wonderland of cool stuff. It can introduce you to great ideas, and make you laugh, and make you get off your ass and fight for what you want. But it’s not going to do that if you can’t set a limit on it. – Jon

Instagram (or other social media) actually dah bagi ruang untuk kita bebas bersuara. Jadi tak salah pun nak pakai benda benda ni untuk tujuan kebaikan. Ia hanya bergantung kepada diri sendiri samada nak layan atau tidak. Aku ada tanya member aku, dia cakap dia pun pernah membandingkan hidup dia dengan apa yang ada dalam internet, tapi kita percaya dengan prinsip tiada siapa yang sempurna. Kebanyakkan orang takde lah obses sangat bila doom scroll ni.

Pelan nya

Masa first initiate projek ni, aku ada set syarat untuk mana network yang aku nak kurangkan:

Blacklist Semi-allowed
instagram youtube
facebook pocket
twitter stumbleupon
hackernews reddit
newsstand  
emails (subs)  
4chan  

Aku even letak email dalam blacklist, sebab aku ada banyak subscribe dari website/blog yang aku suka baca macam Futurism, Medium, Aeon, Android Authority etc, tanpa memikirkan akibatnya terhadap produktiviti harian aku. Aku cuma baca mana yang penting je, sesuatu yang berkaitan dengan kerja aku macam Github Explore dan Android Weekly. Apa apa selain tu aku move ke label yang aku namakan “Notes”, untuk bacaan kemudian (tapi tak baca pun). Dah sampai masa nya aku delete juga semua ‘future reading’ tu. Kenapa tak unsubscribe aje benda benda tu? Sebab FOMO.

Untuk semi-allowed ni, aku paksa disiplinkan diri aku untuk tengok or baca benda yang educational aje. Contoh nya, dalam Youtube, takde nak buang masa tengok prank or some bullshit picking up girls in the hood videos yang boleh buat kau tak hargai masa. Untuk Facebook dan Twitter, aku cuma tukar password yang random, supaya aku lupa apa password nya. Aku guna md5 hash untuk generate password baru. Lepas tu move on. Nak reset kena reset pakai email, benda paling malas nak buat. Daripada deactivate account, tukar password ni pun salah satu cara nak tahan diri dari buka sosial media selalu.

Objektif

Tbh memang aku buat untuk suka-suka je. Tapi macam berkesan pula pada diri aku, tak salah untuk aku teruskan. Salah satu sebab nya ialah aku nak focus buat benda yang penting. Kau tahu lah bila masuk social media, macam macam info kau dapat. Boleh jadi jem kepala otak kau setiap hari nak sibuk hal orang lain, terutamanya pasal politik, gossip. Gossip aku tak layan sangat. Jadi aku tak jatuh pada tu. Pada umum nya, memang aku taknak buang masa scroll scroll tengok kehidupan orang lain, padahal kehidupan sendiri tak terurus.

Coming back

Mungkin. Tapi bukan dalam masa terdekat. Aku ada setup new account (@0x616xxd616e) just for the sake of that username. Yes, username dalam hexadecimal is super cool dan hip, dan aku rasa aku patut park username tu dulu sebelum ada orang ambil, which aku rasa takkan ada orang ambil dalam masa 1 abad lagi.

The rant

Aku salahkan diri aku pasal ni sebab terlalu banyak absorb information tanpa meragui apa apa tindak balas yang aku akan hadapi nanti. Aku rasa aku takde pun benda ni dulu. Mungkin ia developed as I’m growing up? /shrug. Disebabkan aku banyak absorb info, buat aku nak cuba semua benda yang aku baca. Dari situ aku develop satu sense of interest which turns into a hobby. Banyak benda dalam kepala otak aku ni yang aku nak buat tapi tak buat buat. Knowledge dah ada, tapi tak pernah nak execute pun. Biasa lah, dah buat beberapa hari, tiba-tiba distracted dengan benda lain.

Satu benda yang selalu bermain dalam minda aku, aku tak faham keperluan untuk kau tunjuk kehidupan dalam internet. Mungkin orang panggil introvert tapi benda ni dah bugging aku agak lama. Sampai aku kena keluarkan diri aku dari kehidupan sosial media.

Satu lagi aku nampak Instagram ni hanya lah tempat untuk kongsi benda yang umum. Macam selfie, makanan, travelling, smules etc. Ia bukan satu tempat untuk niche yang spesifik contohnya, nak dapatkan c&c untuk inovasi baru kau ke. Takde siapa kisah pun. So, aku rasa Instagram bukan lah tempat aku. Mungkin kalau aku ada bisnes takpe lah jugak. Nak advertise tunjuk muka pun takpe. So kat situ takde reason untuk aku ada Instagram.

Fear of missing out

Aku dah beberapa minggu takde Instagram ni, even Twitter dan Facebook pun aku dah tak tengok selalu. Dunia tak berhenti berputar pun kalau aku berhenti tengok sosial media. Berita penting boleh dapat dari sumber lain. Aku ingat dulu masa PRU13 aku follow banyak political group dekat Facebook. Informasi yang aku terima sangat banyak. Sekarang dah unfollow semua, yang selfie merepek pun semua aku dah unfollow. Takde bagi profit dekat aku. Rasa tenang tengok tiemline aku bila dah bersihkan benda benda ni.

Aku perasan juga bila aku buat tak kisah pasal isu semasa, isu tu datang sendiri dekat aku. Contoh nya, salah sorang colleague aku tanya aku samada aku ada baca pasal berita X ke tak. Aku cakap tak dengar pun. Dia kata “wow, viral kot benda tu, kenapa kau tak tau? loser doh kau haha”. Jadi aku pun cari berita X. Memang benda tu viral dan itu je lah, takde apa yang menarik pun. Point aku, benda benda viral ni akan datang sendiri dekat kau. Tapi ada syarat nya. Jangan lah buat taktau je. Ada future prediction earthquake dekat Malaysia ni pun kalau tak pernah nak tahu, macam mana nak survive. Cuma kena aktif menanya je la berita berita semasa. Sebab bila kau tanya orang dari scroll dekat Timeline, sebenarnya cerita dari mulut tu adalah cerita paling penting yang berlaku.

Duration

Start: 10/9/2015 10:40
End: 7/11/2015, 30 days (done)
Extended: Forever

Deletion countdown

Estimation: Friday, 20th May 2016 (0001hr)
Deleted: Sat, 14th May 2016 (2342hr)
Permanent account deletion link: Click here

Beberapa snap shot, mana tahu masa depan nak lawat balik state of mind aku waktu ni.

Selamat tinggal, Instagram.


Updates

2022 Update

Haha, pergi mampus dengan data peribadi kena jual ke apa ke. Aku dah tak kisah. Semakin meningkat tua, semakin aku boleh terima kekurangan yang ada dalam dunia ni. Mungkin waktu sekarang ketoksikan Instagram dah banyak beralih ke TikTok dan Twitter.

Jadi, aku dah buka semula Instagram dengan tenang. Nak hiburan pun Youtube Shorts pun dah ada, Instagram Reels pun tak kurang syok nya melayan nak buang masa sambil berak. Timing agak nice la untuk pakai semula benda-benda ni. Semoga Zuckerberg tak buat hal lagi.

2019 Update

“It’s becoming easier and easier to be social, but exceptional people are built in solitude.” – Naval

Ini adalah sebuah update untuk Detox Sosial Media yang aku tulis tahun 2015. Apa jadi 4 tahun lepas tu? Ini adalah huraian nya.

Pertama sekali, aku tl;dr dulu apa benda Detox Sosial Media tu:

  • Dimulakan sebagai experiment untuk quit social media sebab kepala otak overwhelmed dengan informasi yang tak boleh pakai
  • 10 Sept 2015 aku mula benda ni
  • Duration yang aku set adalah 30 hari, tapi lanjutan nya sampai ke hari ini
  • Aku bukan “influencer” dan bukan juga somebody
  • Social media, bukan tempat aku
  • Blacklisted beberapa website untuk menenangkan otak (eg. Instagram, Facebook, Twitter, Hackernews, subscription email, 4chan)
  • Insecurity
  • Aku tak FOMO dengan gossip artis, tak kisah pasal 5 cara pemakanan sihat, langsung tak kisah pasal cara-cara menambahbaik hubungan intim bersama partner

Atas sebab-sebab di atas, aku mula delete account Instagram aku permanently.

Sampai satu masa tu, ada rasa bosan dan rasa macam nak share gambar gambar aku tangkap (bukan selfie) dan coping dengan alasan “nak tengok update kawan-kawan dan family”. Alasan akhir tu agak cringe sebab, kenapa tak tanya je diorang terus dalam group WhatsApp (contohnya) lol.

Lepas dah 4 tahun berlalu, 2019 pun dah nak settle ni. Aku rasa perlu kot untuk update. Macam macam benda berlaku dengan timeline social media aku selama ni.

Nak dipendekkan cerita, memang aku ada create account baru untuk Instagram. Satu je kot lepas tu aku delete balik sebab realized reason dekat atas tu masih boleh dimainkan. Selain tu aku rasa macam social media platform ni makin lama makin teruk.

Why? Sebab video ni https://www.youtube.com/watch?v=OU6CuSMzNus.

tl;dw internet scene selepas tahun 2000 (dot-com era) dah jadi semakin taik

TikTok, Instagram, Twitter, Facebook. Empat nama besar ni buat internet yang sepatutnya hanya untuk pure informasi yang genuine dah jadi macam tempat untuk manusia tayang bontot dan tetek. Wtf?? Tak pelik lah kenapa aku rasa macam aku tak boleh fit dalam society. Kesimpulannya, social media bukan lah tempat untuk aku hangout dalam internet.

Baru-baru ni aku pun dah delete main Facebook account aku secara kekal (main account = account yang associated dengan nama sebenar). Sebelum ni aku kena hold Facebook ni sebab kerja aku depends dekat Developer’s API dan aku admin untuk beberapa group yang aku tak kisah pun kewujudannya. Sekarang aku dah tak kerja dengan any company, aku boleh delete dan tunjuk jari tengah keatas kezaliman Mark Zuckerberg menjual data peribadi pengguna Facebook. Bagi aku, Facebook ni aku delete lebih kepada sebab privasi informasi individu.

Jadi, mana tempat yang aku rasa aku boleh fit in dalam internet abad ke 2020 ni?

Mostly, Twitter dan Telegram. Selain tu, public pseudo-anonymous forum macam Lowyat, *chan, bitcointalk, Warez-BB, Quora, Reddit, etc. Yes, aku masih main Twitter tapi dengan bersyarat. Syarat untuk aku guna Twitter adalah 1) Jangan follow lebih dari 14 orang, 2) Dedicated account based on interest, 3) Subscribe listing instead of following people.

Twitter adalah silver lining dalam pendapat aku tentang social media. Dalam satu kes, ia boleh jadi macam Instagram, dan ia juga boleh jadi tempat kau tingkatkan IQ (haha). Hence, kenapa aku hanya follow 14 orang saja. 14 adalah nombor arbitrary dan tiada maksud. Maybe sebab 14 orang ni pun dah cukup untuk aku gather information untuk benda yang aku minat(?). List feature dekat Twitter ni sangat membantu. Basically, kau just subscribe list yang ada orang orang yang kau rasa macam nak follow tapi malas nak follow. Contohnya, account berita, account influencer/artis, meme account, etc. Jadi kau tak perlu pun follow diorang. Following hanya memenuhkan home feed kau buat kau jadi lagi serabut.

Telegram pula bukan social media, ia lebih kepada chatting app. Tapi kebolehan teknologi Telegram ni tak boleh ditandingi sampai aku rasa macam nak delete WhatsApp (sebab ia kepunyaan Facebook dan sebuah produk yang inferior). Telegram boleh jadi social kalau kau join group yang kau boleh aktif buat interaksi. Telegram ni ada advantage dari segi privasi iaitu tak perlu share nombor peribadi, instead cuma share username dan terus boleh “hello, nak berkenalan?”. Selain dari tu, secret chat, channels, groups, hashtags, bots, games, well-documented APIs hackers can play with. Kebanyakan masa aku guna Telegram adalah untuk baca berita, sembang dalam group, shitpost, note taking, dan jadi pirate. Semua benda ni kau boleh buat dalam Telegram kalau kau tahu macam mana caranya. Disebabkan itu, kenapa Telegram adalah lebih superior dari WhatsApp. You just gotta trust the Russians :)


Bahan bacaan lain

Google search “Social Media Detox” or “digital detox” to read what others have thought about this.

  1. http://jasondoesstuff.com/social-media-detox/
  2. https://medium.jasondoesstuff.com/what-i-learned-from-a-30-day-social-media-detox-4e34de88f377#.rbyx8ppth
  3. https://www.dailyworth.com/posts/2660-why-you-need-a-social-media-detox
  4. https://medium.com/life-learning/instagram-is-life-porn-get-it-under-control-660257397eab#.atuvgh5yj

<
Previous Post
Linux vs UNIX
>
Next Post
Memahami Blockchain