Bermula dari zaman Greek kuno, seorang mamat philosopher nama beliau Pythagoras, dalam abad ke-6, adalah orang yang pertama mengusulkan tanpa bukti saintifik. Means yang beliau ni propose bumi ni bulat mengikut falsafah beliau lah - kalau sfera itu macam bola, maka bumi ni macam bola lah. Just a quick theory though.

Jadi, siapa sebenarnya yang menemui bentuk sebenar bumi dengan bukti saintifik dan eksperimen real life?

Oh wait, sebelum kasi eksperimen yang sebenar, orang yang pertama kasi sebab kenapa bumi ni sfera adalah philosopher + saintis Aristotle. Di sini ada beberapa sebab yang agak kukuh oleh abang Aristotle kita:

  1. Objek akan jatuh ke tanah akibat kesan graviti. Ini menyebabkan semua objek dekat dalam bumi ni akan ditarik oleh graviti ke tanah. Jadi, kalau graviti tu di tengah tengah bumi, maka objek akan di tarik jatuh maka terhasil lah sfera.
  2. Bila bergerak dari arah utara ke selatan, constellation baru akan nampak.
  3. Waktu gerhana bulan, bayang bumi akan nampak atas bulan yang membentuk bulat.

So mana eksperimennya?

Lepas zaman Aristotle yang mengusulkan sebab kenapa bumi ni bulat, tiba pulak zaman Eratosthenes dalam tahun 200 BC. Beliau ni hanyalah seorang librarian dan dia dapat menentukan saiz circumference bumi dengan hanya melihat perubahan bayang saja.

Ok so, bagaimana experiment beliau?

Seperti yang aku katakan tadi, mamat ni seorang librarian. Jadi mestilah dah baca berpuluh buku dalam hidup dia. Dalam banyak banyak buku dia baca tu ada lah satu cerita pasal kedudukan cahaya matahari ikut tarikh (perubahan musim). Di mana pada waktu tengahari di bandar Syene (Selatan Alexandria, Egypt) on 21 June, matahari akan berada tegak atas kepala. Memang tegak gila babi sampai bayang pun tak nampak. Pada suatu hari 21 June tahun lainnya, beliau berada di Alexandria dan accidentally keluar rumah then tersedar yang bayangan dia yang sepatutnya tak nampak, jadi nampak (Term: zenith - the point directly overhead)

Dari situ beliau start buat andaian iaitu:

  1. Yang bumi ni berbentuk sfera, macam apa yang dicadangkan legend legend sebelum zaman beliau (Pythagoras & Aristotle).
  2. Matahari ni jauh. Jadi dia fikir cahaya matahari haruslah sejajar samada di Syene atau Alexandria.
  3. Alexandria adalah utara Syene

Menurut observation dan assumption, beliau pun start guna kepakaran melukis untuk lukis apa yang di fikirkan dalam otak beliau pasal isu ni:

Rajah 1. Bagaimana cahaya matahari memancar dua bandar ini.

Di Syene, cahaya matahari straight. Jadi tak ada bayangan di jana.
Di Alexandria (Iskandariah), cahaya dan bayangan adalah 7.2 degree. Maka ada bayangan terjana.

As far as he knows, satu bulatan 360 degree. Jadi, untuk kes ni, the arc from Alexandria ke Syene is approximately 1/50 of a FULL circle (cis, benda ni aku belajar time geometri dengan cikgu Marti dulu FFUUU).

Jadi untuk tahu saiz sebenar, 50 perlu di darab dengan jarak antara Syene dan Alexandria. Hasil carian Google aku mendapati beliau hanya kira jarak guna unta. Eh maklumlah, zaman pak arab pasir. Beliau dapat kira yang jarak nya adalah 5000 stadia. Stadia ialah ukuran yang digunakan pada waktu kuno dulu, mostly digunakan untuk kira jarak stadium. Tapi, lain tempat lain stadia. Menurut historian, bro Eratosthenes ni gunakan stadium based di Egypt, maka 1 Egyptian stadium (stadia) adalah bersamaan dengan 157.5 meters.

So, let me get this straight:

1 stadia = 157.7 meters (Egyptian stadium)
Angle of arc between Alexandria to Syene = 1/50 of a full circle
Distance from Alexandria to Syene = 5000 stadia

Circumference of the Earth = 50 x 5000 = 250,000 stadia
250,000 stadia x 157.7 meters/stadia = 39,425 km

Modern calculation = 40,041 km ~ 39,425 km!

Maka kiraan Eratosthene ni hanya 2% kurang je dari modern punya nilai. Oh fuck.

Kita pun tahu yang bila kita berdiri atas bukit yang tinggi, or berdiri kat tepi pantai. Tengok horizon bumi mesti macam neverending. Sebab tak nampak apa kat hujung sana tu. Jadi it’s quite obvious yang bumi ni bukan flat, but some other shapes rather than flat. Pelayar zaman dulu Ferdinand Magellan (c.1480-1521) pun dah buktikan bahawa beliau belayar sampai mana mana pun tak jatuh dari “air terjun”. Maknanya tu, bumi ni bukan flat lah.

Sampai abad ke-20 baru lah nampak dan ada bukti yang gila babi kukuh boleh digunakan untuk mengatakan bumi ni sfera. Cuba lihat foto ni. Diambil oleh brostronaut dari NASA. Foto yang ditangkap dari atas bumi.

Rajah 2. Earth as seen from space. Thanks to technology.

Source:


<
Previous Post
Cahaya & Neutrino
>
Next Post
CPU & Memory